Saturday 23 February 2013

240213 : AHAD

240213 : HARI KE-22

RELIEF
habis perhimpunan dlm 8.45am terus dpt relief kelas 4I 2 masa. perot dah berkeroncong... tak tahan ngan perot kosong, maka masuk kelas dulu.. bg tugasan pastu gi mkn jap. kelas sebelah kantin je. boleh pantau dr jauh hehhee. tak amek masa lama. dlm 10-15 min masuk kelas semula. oleh kerana pelajar2 ni jenis takde motivasi nak belajar. maka sy amek kesempatan utk mendekati pelajar lebih dekat. timbulkan kemesraan. menjadi pendengar yg setia. terima luahan isi hati pelajar. kenal latar belakang pelajar dan sebagainya. pah tu PK HEM singgah jap kelas tu. dia perasan sy duduk sama2 ngan pelajar berborak. sy takut PK HEM salah fhm. sy takut PK HEM fikir itu waktu P&P sy tp sy tak mengajar. esok sy akan jumpa PK HEM utk mengelakkan dr salah fhm. 

KELAS ICT 4C
selepas buka kelas ngan bacaan alfatihah, sy mengagihkan buku yg telah ditempah oleh pelajar. kemudia dimulakan dengan pembentanga slaid powerpoint dr salah satu kumpulan yang telah diagihkan. setelah itu, sy memulakan P&P dengan tayangan video dan seterusnya pengajaran langsung. penilaian lisan secara individu dijalankan utk mempastikan pelajar mengikuti pengajaran. aktiviti seterusnya pelajar kemas kini projek ICT dan sebagai penutup pelajar dikehendaki tulis komen dan cadangan berkenaan pengajaran guru dan keseluruhan P&P bagi tujuan penambahbaikan. pelajar meminta kelas tambahan. 


FAIL REKOD MENGAJAR
setelah disemak oleh pengetua, sy memberikan fail tu kepda guru pembimbing utk membuat penilaian dan seterusnya memberi cadangan penambahbaikan. En ROzman mencadangkan utk buat molek skit bahagian refleksi bg setiap P&P tersebut dan mencadangkan buat ruangan refleksi mingguan yang disertakan dengan ulasan guru pembimbing dan pengetua. cadangan itu sgt menarik dan akan diambil tindakan bermula hari esok.

Friday 22 February 2013

FIKIRKAN BOLEH

Fikirkan Boleh 

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Wednesday 20 February 2013

210213 : KHAMIS

210213 : HARI KE-19

KELAS 4D
masuk kelas pelajar request buat ulangkaji pelajaran sebab katanya minggu depan ada exam TOV. sy ckp, klu exam tu masuk sampi topik yang sy nak ajar ni mcm mana? pelajar setuju utk sy meneruskan topik. tak lama lepas tu, cikg Jalaluddin masuk ke kelas utk mengedarkan jadual peperiksaan TOV. ternyata exam tersebut bermula 6 Mac 2013. 

PENGGUBAL SOALAN
saya sangat berbangga kerana telah diberi kepercayaan utk menyediakan soalan ICT bagi peperiksaan TOV nanti. saya rasa saya tiada masalah utk menyediakannya, sbb sy dah ada pengalaman semasa GSTT sebelum ni. bkn pengalaman dlm subjek ICT tp pengalaman dalam prosedur menyediakannya. lagipun, dah belajar semasa sem 1 di unisza berkenaan penyediaan set item

KELAS 4C
hari ni sy belum memulakan topik baru iaitu 1.4 perkembangan semasa dan masa depan. sebab sy minta pelajar untuk mendaftar di laman sesawang edmodo.com sebagai medium utama komunikasi antara pelajar dan guru-pelajar. segala maklumat dan informasi pelajar boleh dapatkan di laman tersebut. selain itu, pelajar didedahkan dengan blogspot yg telah sy reka khas utk kelas ini. pelajar boleh muat turun segala nota dan juga slaid powerpoint. 

RELIEF
hari ni ada 2 kelas relief. gabungan kelas 5G dan 5H. lagi satu kelas 5I.

BUKU RUJUKAN
on the way balik sekolah.. ada staff sky net call.
skynet: "cikgu, cikgu ada kat sekolah tak?" sy nak hantar bungkusan"
saya : "sy dah otw balik la. encik boleh antar ke sekolah. pejabat masih buka"

tak lama :
staff sekolah : "cikgu, cikgu masih di sekolah? cikgu ada order buku kan? buku dah sampai"
saya : " saya dah balik. akak tolong simpankan ye. hari ahad nanti sy amek"
staff sekolah : " baiklah."

Tuesday 19 February 2013

200213 : RABU

200213 : HARI KE-18

kelas hari ni bermula dengan subjek PSK kelas 4I. hari ni sy mencabar pelajar. pelajar2 ini kene tegas byk. klu tidak pijak kepala cikgu. ramai pelajar yg tidak membawa buku teks. sy arahkan pelajar yg tak ingin nak belajar ni utk berdiri diluar kelas. masing2 taknak. jadi sy suruh minta maaf dan berjanji tak buat lagi. kemudian meminjam buku dr kelas lain. kemudian pelajar2 diberikan aktiviti utk mengeluarkan isi penting dr petikan dlm buku teks berkenaan "rahsia mencapai keputusan cemerlang". ini dapat mencungkil kemahiran membuat rumusan. 

RELIEF
hari ni dpt relief kelas tingkatan 6 Al-Arabi dan 3F. masa yg diberikan saya tidak akan disia-siakan. oleh itu, sy buat sesuatu aktiviti.

190213 : SELASA

190213 : HARI KE-17

KELAS 4D
Kelas 4D sambung topik baru iaitu pengkuantiti SEMUA dan SEBILANGAN. pelajar juga boleh menguasai konsep SEMUA dan SEBILANGAN. cuma pelajar  ada masalah konsep2 asas matematik.

contohnya : "Sebilangan nombor perdana adalah nombor ganjil". Pernyataan ini benar atau palsu?

yang menjadi masalah ialah pelajar tidak mengetahui apa itu nombor-nombor perdana. Masa tidak mencukupi untuk membantu pelajar menguasai konsep2 asas tersebut. jd, sy minta pelajar perbanykkan membuat ulangkaji silibus tingkatan 1,2 dan 3. 

RELIEF
emmm... dah bagi sekali terus tiap2 hari dan at least 2 masa relief.. mcm mana tu? baru je rancang masa yg terluang nak digunakan utk buat persiapan kelas esok. saya klu dpt relief, sy tak akan mensia-siakan masa itu. sy rasa sy rugi. jadi, sy memanfaatkan masa tu dengan memberi peluang kepada pelajar utk meluahkan segala permasalahan atau bertanyakan sebarang soalan atau sy cuba utk memotivasikan pelajar.

hari ni relief kelas 3H dan 3G

UNISZA
balik sekolah terus gi unisza utk jumpa Pn. Sharifah. Pn sharifah kene menghadiri mesyuarat penyelarasan latihan mengajar utk pengagihan penyeliaan guru pelatih. jd,, puan dah buka komputer n buka pintu sy masuk. sy muat turun segala RPM dr tugasan kerja kursus yang pernah diberikannya. sy bercadang utk memuatnaik RPM tersebut utk berkongsi dengan rakan2.

Monday 18 February 2013

180213 : ISNIN

180213 : HARI KE-16

Hari ini, cikgu2 cerita pasal politik masa sarapan pagi di kantin. sy hanya berdiam diri. PK HEM cuba membuka topik baru dan bertanyakan saya "Razak, malam ni main badminton?" hari cikgu Zain takde cakap apa2. maksudnya, takde badminton mlm ni.

Kelas hari ni bermula jam 10.10am. oleh kerana ada 2 jam lagi, sy ambil keputusan utk rehat di sofa di pusat sumber sbb kepenatan smlm pergi gym. duduk di sofa membaca surat khabar tiba2 terlelap. ada staff dtg jumpa sy dan bg slip relief kelas. ada 2 kelas relief iaitu kelas 3H dan 4F. sy masuk kedua2 kelas itu,, selain bertanyakan soalan2 umum berkenaan kenegaraan spt "siapakah bekas2 perdana menteri Malaysia mengikut turutan?" sy juga memberikan motivasi. memberikan semangat utk belajar dan sebagainya. berbalik kpd soalan2 pengetahuan umum td, pelajar2 tidak dpt menjawab. malah tidak kenal siapa perdana menteri kita skrg. dengan tip yg diberikan spt dibawah, pelajar dapat menyebut nama bekas perdana menteri mengikut turutan.

Berasaskan Nama Perdana Menteri Pertama iaitu RAHMAN
R - Rahman
A - Abdul Razak
H - Hussin Onn
M - Mahathir 
A - Ahmad Badawi
N - Najib4

KELAS 4D
Hari ni masuk bab baru iaitu PENAAKULAN MANTIK. di awal bab ini, pelajar masih boleh mengikuti pengajaran saya. tiada masalah dalam menjawab soalan2 yang diberikan. Alhaldulillah. dlm masa yg sama sy perlu menyediakan bank soalan bab 1, 2 dan 3 utk pengukuhan dan pengayaan. kerana subjek matematik perlu membuat banyak latihan. 

KERJA KURSUS
jam 1.30 ptg, sy ke bilik fotostate utk fotostate arahan tugasa kerja kursus ICT. 

BLOG ICT
Blog ICT 4C sedang dalam proses. selepas ini, segala nota dan slaid powerpoint pelajar boleh dapatkan dr blog tersebut. selain itu juga, sy ada suruh pelajar create account edmodo. di situ saya akan memberikan tugasan dan kuiz. pelajar juga boleh memuatnaik dan memuatturun. pelajar juga boleh berkomunikasi bersama guru dan pelajar2 lain secara dalam talian. ini dapat meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan ICT.

UNISZA
Balik dari sekolah sy terus ke Unisza utk berjumpa dengan Pn. Sharifah yang mengajar saya subjek KAEDAH MENGAJAR. kami sembang dekat 2 jam. tujuan saya berjumpa Pn adalah untuk mendapatkan semula semua tugasan yang pernah kami submit semasa sem2. selain itu, kami ada berbual berkenaan pengalaman mengajar semasa praktikal. satu ilmu yang saya dpt drpd Pn hari ini ialah. BAHASA MELAYU MERENTAS KURIKULUM adalah wajib. kita seharusnya menggunakan bahasa standard di dalam kelas. sesekali menggunakan dialek negeri dibenarkan. 

Sunday 17 February 2013

170213 : AHAD

170213 : HARI KE-15

Hari ni sy ke sekolah pakai blazer sbb perhimpunan rasmi hari ahad guru-guru sepatutnya pakai blazer.. sy naik ke atas pentas dengan yakin. berdiri tegak semasa bersalawat dan menyanyikan lagu. pelajar2 teruja dan turut bersemangat. diri cacang. :) sy menjadi lebih yakin dengan penampilan yang segak. over la plak. itulah hakikatnya, bila kita berpakaian kemas dan segak, bkn sahaja keyakinan diri kita dapat ditingkatkan malah cara org memandang dan melayan kita turut berbeza. hari ni guru-guru melayan saya melampaui jangkaan saya. terima kasih cikgu.

Hari selasa nanti ada pegawai dr JPN dan juga pengetua2 dari sekolah lain ada mesyuarat PBS di sekolah. guru-guru diminta memberikan kerjasama utk mengawal kelas supaya tiada pelajar berkeliaran pada waktu P&P. ini sangat penting kerana ia dpt menggambarkan imej sesebuah sekolah tersebut.. cikgu2, mari kita bekerjasama menjayakan hasrat pengetua itu... JOM!!

lepas sarapan. saya belajar BAHASA INGGERIS dengan cikgu Saldin Bin Sabtu. ada lah dekat setengah jam. tak lokek cikgu tu curahkan ilmu. katanya, kalau ada masa lagi dtg jumpa dia utk belajar dengan lebih mendalam. cikgu Saldin juga akan bantu saya mendapatkan Kain meter utk dibuat uniform polis. terima kasih cikgu Saldin.

selepas belajar bahasa inggeris, saya mula berdepan dengan laptop utk sediakan slaid powerpoint utk P&P kelas 4C pada jam 11.50 hingga 11.10. perjalanan P&P berjalan dengan lancar. walaupun terdapat ramai cikgu dalam Lab tapi saya endahkannya. mereka langsung tidak mengganggu perjalanan P&P saya. malah fokus pelajar juga langsung tidak terganggu. disini la cikgu seharusnya memainkan peranan utk mengawal keadaan kelas. pelajar pada awalnya mengikuti pengajaran guru dan disusuli ngan aktiviti2. di akhir P&P, cikgu Malaini ada mintak slaid yg saya buat sendiri tu. sy cukup terharu. sy dah sediakan satu folder untuk meyimpan segala slaid P&P saya.

kerja kursus 4C telah dimulakan. ianya berjalan dengan lancar. cikgu Malaini juga byk membantu dlm menyediakan fail kerja kursus. pelajar2 nampak bersemangat utk belajar. ini membuatkan saya lebih bersemangat utk menghadapi P&P yg akan datang.

sebelum balik, PK Koku panggil sy utk serahkan surat kebenaran memakai uniform polis. selepas tu, sy membawa surat itu ke IPD Chabang Tiga. katanya, sy kene pergi ibu pejabat di bandar. sy pergi gym dulu di kuala ibai. selesai gym sy ke ibu pejabat balai polis utk mendapatkan surat kebenaran itu. malangnya setibanya sy disana, office telah tutup. lepas itu, sy blk siggah mydin beli groceries... sekian :)