Thursday 14 March 2013

140313 : KHAMIS

140313 : HARI KE-40

KELAS MATEMATIK
sy nampak perubahan tingkahlaku pelajar yg menunjukkan pelajar faham. sy telah gunakan kaedah tunjuk cara utk melukis graf. pelajar berasa seronok. sy turut seronok. pelajar salam sy mencium tangan smbil ckp "TERIMA KASIH CIKGU"

KELAS ICT
sy cuma membuat perbincangan dlm kumpulan besar. sy campurkan unsur kecindan utk menarik minat pelajar. pelajar memberikan tumpuan yg sgt hebat. pelajar berebut menjawab soalan sy. walaubagaimanapun sy mengarahkan pelajar mengangkat tangan utk menjawab soalan. selepas kelas pelajar tanya tarikh lahir sy. sy tak pasti apa tujuannya. katanya utk kelas.......

TEATER
sy mendapat tugas utk membentuk kumpulan teater untuk dipertandingkan pada bulan 6 nanti. guru memberi sepenuh kepercayaan sbb sy ada pengalaman dlm teater Puteri Gunung Ledang. 

KEM KADET POLIS
walaupun sy guru penasihat Kadet Bomba, sy dpt jemputan utk menyertai kem Kadet Polis. ini satu penghargaan buat saya. sy akur.

GURU BELANJA
hari ni tetiba ada sorang guru ajak sy pergi kantin utk mkn tengahari, cikgu tersebut belanja sy. terima kasih cikgu yusri. pastu cikgu yusri bantu sy menemani sy ke bengkel kereta sbb kereta sy ada masalah. sekali lagi terima kasih cikgu.


Tuesday 12 March 2013

120313 : SELASA

120313 : HARI KE-38

KADET POLIS
hari ni hari pertama pakai uniform lengkap kadet polis.. huhu. best la.. dorang ckp sy lebih sesuai jd polis dr cikgu.. emmmm...pujian ke tu? anyway, uniform tu milik cikgu Saldin. cikgu Saldin bagi pinjam sebab uniform sy amek masa 2 bulan utk siap.. terima kasih cikgu saldin. baik betul cikgu saldin ni. 

sy sebenarnya guru penasihat KADET BOMBA. hehe PK KOKU ckp pakai je uniform apa2. yang penting pakai uniform.

hari ni jugak perjumpaan ke-5 badan beruniform. kelas teori dan juga latihan kawad kaki 1. semua guru penasihat ada sama. sy ambil alih utk kendalikan kelas kawad kaki. pujian dr cikgu2 sbb terkesima tgk aku bagi arahan. katanya cara sy ajar kawad sgt jelas dan mudah difahami. hihi ni semua disebabkan pengalaman sy semasa zaman sekolah dulu. Alhamdulillah...

perubahan yang cikgu2 nampak dlm kawad kaki td membuatkan mereka semangat utk buat latihan lagi sebagai persediaan pertandingan kawad kaki peringkat sekolah pada 6april.. perghh tak lama lagi tu

yang mengecewakan.. pihak sekolah tiada koata utk setiap badan beruniform.. ikot suka pelajar nak masuk mana.. maka drpd 1441 pelajar sekolah berlara.. hanya 40 lebih sahaja ahli kadet bomba.. sgt mengecewakan.. patut la sy jadi guru penasihat kadet bomba.. katanya,, tak cukup guru penasihat. mana la nak cukup.. cikgu2 pun tak nak jd guru penasihat bomba klu ahlinya pun ciput jek... hehehe :)

Sunday 10 March 2013

110313 : ISNIN

110313 : HARI KE-37

PUDING
hari ni aku hidangkan puding cocktail kpd semua cikgu pagi n petang.. cost tak smpi RM100. Alhamdulillah cikgu2 ckp sedap :) in sya Allah klu ada rezeki,, sy akan buat lagi. terima kasih kepada akak-akak kantin dan cikgu normala yang menyediakan TUPPERWEAR. :)

TOV MATEMATIK
kertas matematik peperiksaan TOV dah habis tanda. takde sape yang lulus.. berdasarkan kertas jawapan pelajar, pelajar-pelajar masih lemah konsep asas tingkatan 1, 2 dan 3. operasi asas masih lagi tidak menguasainya.

KADET BOMBA
hari ni latihan kawad kaki bagi semua badan beruniform. kalau ikot jadul, bukan giliran sy yang menjaga kawad kaki hari ni. tp tgk lah, klu sy ada masa free,, sy akan datang jugak..