Tuesday 5 February 2013

060213 RABU

060213 : HARI KE-4

4 IKHLAS
Hari ni sampai2 sekolah terus mula ngan kelas Sivik 4 Ikhlas kul 7.30 sampai kul 8.50 am. Kelas 4 Ikhlas ni antara kelas yg memerlukan kasih sayang dan perhatian yang lebih :) Pelajar2 ni sgt teruja bila sy masuk kelas mereka. ok la tu. memandangkan ini kali pertama sy masuk kelas ni.. maka sy mulakan dengan memperkenalkan diri dan berkenalan dengan pelajar2. Pelajar2 ni agak sukar dikawal. masing2 nak ckp. kadang2 merapu. takpe.. kita layan je dulu ye. dorang ni ckp ganu pekat sgt. kadang2 tu susah nak fhm. kadang2 tu sy rasa ada gak yg dia pekene sy tp sy tak fhm kan. pelajar2 ni takleh bekeng sgt nanti lg la taknak dgr ckp kita. hari pertama lg dorang da dpt keje umah iaitu buat cerita "TENTANG SAYA" dalam satu kertas A4. td cuma 3 org saje yg bawa buku teks. diingatkan juga bawa buku teks minggu depan. sy bagi gmabaran keseluruhan apa yg mereka akan belajar dlm subjek Sivik dan kenapa perlu belajar.


4 DAMAI
kul 12.30 masuk kelas damai utk sambung bab set. hari ni mengajar subset, set semester, set pelengkap dan menyenaraikan subset. takde bantuan ICT dlm kelas susah gak nak terangkan konsep. anyway, pemahaman konsep sgt penting sblm pergi kepada kemahiran mengira. jadinya,, spend time lebih masa skit pun takpe la. pelajar2 kelas 4D ni rajin skit.. kita bg 1 soalan latihan dorang mintak lebih... bagus la tu. sepatutnya kelas habis kul 1.10 tp extend lg 10 min sbb ada yg bertanya.


TAKLIMAT MESYUARAT AGONG PIBG
Kul 1.10 ptg smpi kul 2.30 ptg ada taklimat berkenaan mesyuarat agong PIBG yang bakal diadakan pada bln depan. taklimat ini berlangsung di dalam dewan besar SMK Belara. kedatangan guru-guru diambil. nasib baik Guru pembimbing sy remind bhw ada taklimat tu,, klu tak,mmg terlepas la jawabnya. Taklimat tu dikendalikan oleh PK1 iaitu Kak Rodhi. :) SUaranya langtang dan jelas. juga intonasinya yg sgt menarik. tertarik utk sy terus memberikan perhatian terhadap taklimat tersebut..

Taklimat mesyuarat Agong PIBG

POS LAJU
Utk maklumat korang, masa 30 Jan hari tu blk ganu tp IC tertinggal kat kg. gamble je drive smpi ganu n smpi ke hari ni takde IC. hehe suruh adik pos laju sejak 30 jan tu. tp IC tak sampai2 lg di alamat yg tertulis.. haih.. ni pos lambat ni bkn pos laju. hari ke hari tunggu tanpa jemu :) td call ibu pejabat pos laju cawangan terengganu. katanya postmen dah anta tp xde org kat alamat tu. FINE!! sy pergi ke pejabatnya utk mengambil IC tersebut. punya la mencari bungkusan tu... org beratur sampi ke pintu masuk. kerja tak efisyen. sabar je la. tp akhirnya, sy dpt miliki IC sy semula :) Gamba IC tak leh post nanti ada org salah guna hehhe

TUISYEN
Kul 8.30 mlm td kelas tuisyen pelajar tingkatan 5 yang duduk di asrama bagi subjek matematik.. sy diarahkan utk buat revision bg silibus tingkatan 4. masuk 8.30 mlm td terus ajar. takde sesi perkenalan diri pun. pelajar tak bawak buku tingkatan 4. sy pun takde tp nasib baik sy bawa laptop n broadband. sy download soalan-soalan berbentuk SPM utk dijawab bersama. Alhamdulillah, selepas kelas pelajar sekumpulan pelajar jumpa sy dan mengatakan 'Cikgu, cikgu ajar best la. senang faham." sy ckp "sbb awak yang pandai tu". hehhe dalam hati kembang semangkuk. pahtu pelajar2 bawa sy ke dewan mkn asrama utk supper. terharu plak bila dihidangkan makanan. masa tu la sy berkenalan dengan lebih rapat pelajar2 SMK Belara. perbualan agak lambat sbb dialek terengganu pekat sgt. lambat tangkap. hehe..


dewan mkn ni digunakan oleh pelajar perempuan utk sesi prep. lepas prep habis kul 10.30 mereka dihidangkan supper kuih pau dan teh o.

FAIL REKOD MENGAJAR
Bersengkang mata menyiapkan fail rekod mengajar utk dihantar esok kpd pengetua


0 comments:

Post a Comment