Wednesday 6 March 2013

070313 : KHAMIS

070313 : HARI KE-33

EXAM
hari ni exam kertas sejarah n matematik. sy pantau kelas matematik yg sy ajar. emmm.... ulangkaji mmg sebijik soalan dlm exam ni tp tak dpt jawab. tu nak salahkan sape ye... masa ulangkaji boleh jawab. masa exam ckp lupa plak.. emmm

KASUT KOYAK
kuar je dr kelas 4D,, tup tup kasut koyak.. nasib baik dlm kete ada kasut back up. masalahnya bkn kasut keje.. pelajar2 n cikgu2 ckp kasut tu cute. sy jumpa pengetua utk memaklumkan perkara ini dan meminta maaf.


KO-KU
hari ni ada latihan kawad kaki badan beruniform kadet bomba.. bermula jam 4ptg... bersiap sedia huhuhhuhu...

060313 : RABU

060313 : HARI KE-32

EXAM
hari ni takde P&P sbb ada ujian pengesanan TOV utk subjek Bahasa Melayu n Bahasa Inggeris.
cikgu ckp TOV ni utk mengesan tahap kesediaan pelajar. utk menguji pengetahuan sedia ada pelajar.


Monday 4 March 2013

050313 : SELASA

050313 : HARI KE 31

HARI LAHIR ABAH
hari ni merupakan hari lahir abah saya. :)

"Abah, Selamat hari ulang tahun. semoga abah sentiasa sihat, ceria, bahagia, dimurahkan rezeki. pjg umur. ajak syg abah.. love u"

KELAS 4D
hari ni pelajar buat ulangkaji utk persiapan ujian pengesanan TOV tingkatan 4. hari ni pelajar kene basuh skit guna pendekatan Islam :) nampak gak perubahan tingkah laku di dalam kelas.. harap2 ia berterusan. buku yg telah ditanda telah diserahkan kepada pelajar. ada seorang pelajar yg tidak menghantar buku. pelajar tersebut selalu tidak hadir ke sekolah. so far, baru 3 kali masu kelas matematik.

pelajar2 ini request buat ulangkaji topik SET. sy bagi soalan2 berbentuk SPM. tanpa bantuan sy mengarahkan pelajar menjawab. sbb sy nak tahu di tahap mana pemahaman mereka. kemudian sy membimbing sepenuhnya utk satu soalan. utk soalan seterusnya pelajar menjawab dan boleh minta bimbingan guru atau rakan jika perlu.. soalan seterusnya,,, pelajar jawab sepenuhmya.


KERTAS SOALAN ICT
kertas soalan ICT telah disemak oleh ketua bidang dan disahkan oleh PK1. ketua bidang dan PK1 mendapat 1 salinan kertas soalan bersama JSU dan skema jawapan. borang riso telah dilengkapkan dan telah diserahkan di bilik riso utk membuat 13 salinan.

040313 : ISNIN

040313 : HARI KE-30

CUTI UMUM SEMPENA ULANGTAHUN PERTABALAN SULTAN TERENGGANU

030313 : AHAD

030313 : HARI KE-29

CUTI PERISTIWA
sempena mesyuarat agong pibg

020313 : SABTU

020313 : HARI KE- 28

MESYUARAT AGONG PIBG
saya ditugaskan sebagai juru gambar. sy smpi disekolah seawal 7.30am. sekolah masing lengang. tetapi kaunter pendaftaran telah dibuka. sy ditugaskan utk mengambil gamba aktiviti-aktiviti penting sepanjang  mesyuarat PIBG dan Hari Kegembiraan Pelajar. byk kejutan buat sy. contohnya,,, persiapan dan pengendalian mesyuarat yg mengagumkan. di dalam dewan Al-Bukhari yang gah itu,, semua guru memainkan peranan masing2. sy amat kagum PIBG juga kerana mempunya Van persendiran. kejutan lain seperti ramai pelajar sekolah ini yang menyertai aktiviti ko-kurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. ni satu pencapaian yang memberangsangkan. 

semasa Majlis Kegembiraan Pelajar, sy turut menerima hadiah kerana memenangi pingat bagi pertandingan liga badminton antara guru. hehehe hadiah adalah berbentuk wang. 

majlis berakhir jam 1.00ptg.

 Pendaftaran pelajar
 kadet polis bertugas
 penerima anugerah
 mesyuarat PIBG berlangsung
 Pengetua memberi ucapan Hari Kegembiraan Pelajar
Antara sumbangan PIBG