Tuesday 12 February 2013

130213 : RABU

130213 : HARI KE-11


DUGAAN
Hari ni start ngan kelas 4I kul 7.30 hingga 8.50 (2masa). apabila sy minta kerja rumah yang disuruh buat. hanya 2 org saje yang buat. yang lain tak buat langsung. fine... tp yg membuatkan sakit hati mulut dorang ni.. mcm2 bagi alasan. nasib baik sy ni dah kawal nafs. klu tak mmg dah terbalik meja tu. apa yang membuatkan sy sedih pd mereka ni,, mereka tak tahu apa tujuan mereka dtg ke sekolah. ada yg ckp utk mengharumkan nama sekolah. tp dia tak tau apa yg dia nak utk diri sendiri. bila ditanya apa tanggungjawab sbg seorang pelajar dan anak, mereka langsung tak tau. sbb tu mereka tak dapat menyiapkan kerja yang sy bagi. fine. sy ambil tindakan seterusnya... membuat analogi-analogi mudah. membuat sindiran secara halus, memberikan contoh2 yang dekat ngan pelajar. sy menyuruh mereka senaraikan kekuatan dan kelemahan diri. JUGA mereka tidak tahu. jd sy tak hairan kalau pelajar ini tidak berjaya dalam peperiksaan. pada pendapat saya, guru-guru perlu lebih bertungkus-lumus membentuk keperibadian pelajar berbanding akademik mereka. kerana itu adalah tunggak kpd kejayaan.

GYM
dlm kul 5.30 ptg camtu sy gi gym xbie kat kuala Ibai. walk in je.. RM5/entry. kebetlan depan gym tu ada plak pasar mlm.. maka kat gym tu cuma 1 jam je la. dlm kul 6.30 gi pasar malam situ.. mmg tak dpt kawal nafsu mkn la.. tak menang tangan nak membawanya.. smpi umah dlm kul 7.30 mlm, dgn gelojohnya sy mkn sebb nak kejarkan solat maghrib pahtu nak gi kelas tuisyen mlm kat asrama kul 8.30... perghh.. smpi sek dlm kul 8.28. pelajar dah ada dlm kelas. sepatutnya ajar smpi kul 10mlm je tp sy ajar smpi kul 10.30. sbb tak sedar. pelajar2 pung tak ingatkan sy.. syok sgt la tu agaknya.. balik umah siapkan kertas ujian utk kelas esok. 2 soalan je. moga2 mereka dpt jawab..

0 comments:

Post a Comment