040213
THUMB PRINT
Hari ni walaupun bangun jam 0545 tp tetap gerak dari umah ke sekolah jam 0645. Tiba di sekolah tepat jam 0700. Seperti biasa aku adalah org pertama sampai. Di Terengganu ni, jam 0700 masih gelap lagi. Masuk sekolah jam 0700 macam masuk tengah malam. Sesudah parking kerete, saya terus mengimbas cap jari sebagai kehadiran saya. hehehe Hebat tu...
Selepas mengimbas cap jari, saya menunggu guru pembimbing saya sampai iaitu Cikgu Rozman Bin Abdullah. Selepas itu, kami pergi menikmati sarapan pagi bersama-sama. Saya belanja Cikgu Rozman :) ala murah jek.. lepas tu kami masuk ke bilik untuk berbincang mengenai kelas ICT Tingkatan 5. Cikgu Rozman minta tolong aku untuk menggantikan tempat beliau kerana beliau ada hal di luar sekolah. Cikgu Rozman minta tolong pastikan pelajar menyiapkan kerja kursus dan mengajar TCP/IP. Terkedu saya mendengarnya sbb saya belum lagi study pasal topik tu.
Emmm.... takpe la.. saya terima je dulu .. saya cakap "baiklah cikgu. Jangan risau! Cikgu settlekan lah dulu urusan cikgu tu"..
MEJA KHAS
pastu aku terus masuk ke dalam bilik yang telah ditetapkan. oh lupa nak bagi tau. saya duduk dalam bilik Khas. Bilik tu di dalam perpustakaan. Dalam bilik tu cuma saya sorang saje duduk.. hehe sama ada so special atau dipulaukan... hehe bkn mcm tu. Guru pembimbing saya nak saya dekat dengan dia. oleh kerana Cikgu Rozman merupakan pengerusi Pusat Sumber, maka saya pun dapat la bilik dlm pusat sumber ni.. :) kalau nak tau camner rupa bilik yang saya maksudkan tgk la gamba kat bawah ni :)
Meja aku di dalam perpustakaan
KELAS MATEMATIK
Baru tadi masuk kelas Matematik 4D. hari ni hari pertama masuk kelas ni, maka berkenalan la dulu. tak kenal maka tak cinta. betul tak/? :) sy pilih 2 org secara rawak utk perkenalkan diri. selebihnya sy suruh perkenalkan diri secara sukarela.. tp smpi ke sudah takde sape yg sukarela. selepas tu, saya menerangkan apa itu matematik & kenapa matematik itu penting dalam hidup kita. dalam pada itu, saya selit2 kan la unsur2 kecindan. pelajar memberi respon yg cukup baik. In sya Allah, next class saya akan mula mengajar Bab 3 iaitu Set.
KELAS ICT 5C
Cikgu Rozman takdop kat sekolah. ye gi anto anok register sekoloh. make aku ganti tempak hok ye la. budok2 diarahkang buak kerja kursus S05. ade 19 orang pelajo dalang kelah. pada akhir kelah, seramai 16 orang dpt menyiapkang. akang tetapi ade 2 org pelajo yang dop buak langsung. saye akang jupe blk budok 2 orang ni di lab ICT nanti jam 1.10ptg.
Pelajar2 kelas 5C sedang menyiapkan kerja kursus
KELAS TAMBAHAN
dua org pelajar kelas 5C langsung tidak buat kerja kursus. Alasan mereka tidak dapat menyiapkan kerja kursus adalah kekangan masa dan tiada kemudahan komputer di rumah. maka, saya ambil tindakan untuk buat kelas tambahan untuk mereka berdua pada jam 1.10ptg. saya membimbing pelajar tersebut dari awal. alhamdulillah dlm masa setengah jam, mereka dapat menyiapkan CONSTRUCT S01 dengan lengkap.
MAIN BADMINTENG
Lening baru sapa umoh dr skoloh.. main badminteng nga cikgu2. asalnya xmboh mari, fikir2 rama cikgu ngajok nya.. pahtu mase ni le saye nok kena cikgu lebih rapat gi.. ork. at least dpt la peloh2 skit. kesihatang pung terjage :) dop gitu?? kul 11pm gerok balik doh sbb baju dop iron gi. pahtu nok buat persiapan hari esok pulop... fuh. rase daroh berjalang dengang lanca lening hehe ..
Hebat cikgu2 sini main badminteng... puah maing sbbnye banyok court ;)