Monday, 18 February 2013

180213 : ISNIN

180213 : HARI KE-16

Hari ini, cikgu2 cerita pasal politik masa sarapan pagi di kantin. sy hanya berdiam diri. PK HEM cuba membuka topik baru dan bertanyakan saya "Razak, malam ni main badminton?" hari cikgu Zain takde cakap apa2. maksudnya, takde badminton mlm ni.

Kelas hari ni bermula jam 10.10am. oleh kerana ada 2 jam lagi, sy ambil keputusan utk rehat di sofa di pusat sumber sbb kepenatan smlm pergi gym. duduk di sofa membaca surat khabar tiba2 terlelap. ada staff dtg jumpa sy dan bg slip relief kelas. ada 2 kelas relief iaitu kelas 3H dan 4F. sy masuk kedua2 kelas itu,, selain bertanyakan soalan2 umum berkenaan kenegaraan spt "siapakah bekas2 perdana menteri Malaysia mengikut turutan?" sy juga memberikan motivasi. memberikan semangat utk belajar dan sebagainya. berbalik kpd soalan2 pengetahuan umum td, pelajar2 tidak dpt menjawab. malah tidak kenal siapa perdana menteri kita skrg. dengan tip yg diberikan spt dibawah, pelajar dapat menyebut nama bekas perdana menteri mengikut turutan.

Berasaskan Nama Perdana Menteri Pertama iaitu RAHMAN
R - Rahman
A - Abdul Razak
H - Hussin Onn
M - Mahathir 
A - Ahmad Badawi
N - Najib4

KELAS 4D
Hari ni masuk bab baru iaitu PENAAKULAN MANTIK. di awal bab ini, pelajar masih boleh mengikuti pengajaran saya. tiada masalah dalam menjawab soalan2 yang diberikan. Alhaldulillah. dlm masa yg sama sy perlu menyediakan bank soalan bab 1, 2 dan 3 utk pengukuhan dan pengayaan. kerana subjek matematik perlu membuat banyak latihan. 

KERJA KURSUS
jam 1.30 ptg, sy ke bilik fotostate utk fotostate arahan tugasa kerja kursus ICT. 

BLOG ICT
Blog ICT 4C sedang dalam proses. selepas ini, segala nota dan slaid powerpoint pelajar boleh dapatkan dr blog tersebut. selain itu juga, sy ada suruh pelajar create account edmodo. di situ saya akan memberikan tugasan dan kuiz. pelajar juga boleh memuatnaik dan memuatturun. pelajar juga boleh berkomunikasi bersama guru dan pelajar2 lain secara dalam talian. ini dapat meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan ICT.

UNISZA
Balik dari sekolah sy terus ke Unisza utk berjumpa dengan Pn. Sharifah yang mengajar saya subjek KAEDAH MENGAJAR. kami sembang dekat 2 jam. tujuan saya berjumpa Pn adalah untuk mendapatkan semula semua tugasan yang pernah kami submit semasa sem2. selain itu, kami ada berbual berkenaan pengalaman mengajar semasa praktikal. satu ilmu yang saya dpt drpd Pn hari ini ialah. BAHASA MELAYU MERENTAS KURIKULUM adalah wajib. kita seharusnya menggunakan bahasa standard di dalam kelas. sesekali menggunakan dialek negeri dibenarkan. 

0 comments:

Post a Comment