Thursday 28 February 2013

280213 : KHAMIS

280213 : HARI KE-26

KELAS MATH
hari ni keseluruhan objektif pembelajaran adalah utk melatih pelajar menjawab soalan SPM berkenaan topik yg telah dipelajari. pelajar tidak dpt menyelesaikan masalah bab 1. alasan yang diberikan adalah kerana LUPA. sy ckp kpd pelajar, tak perlu sy tanya bab 1, klu sy tanya apa yg sy ajar semalam pun awak boleh lupa. sbb apa? sbb awak tak buat latihan yg sy bg. utk mendapat sesuatu kemahiran pelajar perlu praktis membuat pengulangan. baru la tak mudah lupa.... 

KELAS ICT
kelas ni sy ajar 3 masa. 2 masa ICT dan sy dapat 1 masa relief kelas ni. jadi kelas bermula 8.50 am dan berakhir 10.50am. huhu... pelajar sambung buat pembentangan slaid. dan dibincangkan semula.. oleh kerana minggu depan dan minggu lagi satu tiada kelas disebabkan peperiksaan, maka sy mencadangkan utk buat kelas tambahan petang ini.. pelajar bersetuju. kehadiran penoh. alhamdulillah. pd kelas petang, sy buat aktiviti berkumpulan membuat rumusan bab 1.1, 1.2, 1.3 dan 1.4. pelajar2 membuat peta minda dan dibentangkan. kemudian perbincangan dlm kumpulan besar utk penambahbaikan.

BUKU REKOD MENGAJAR
habis kelas petang kul 3.30pm. selesai kelas, sy ke pejabat utk menghantar buku rekod mengajar. malangnya, pejabat dah tutup. sy terlupa hari khamis di Terengganu, pejabat tutup awal. hehhehe... sy terserempak dengan PK HEM dan PK HEM mencadangkan utk menghantar buku rekod kepada penyelia petang.

Wednesday 27 February 2013

280213 : KHAMIS

280213 : HARI KE-26

KELAS 4D
hari ni pembelajaran berasaskan aktiviti. aktiviti yang dibuat adalah menjawab soalan.
so far, pelajar dah belajar dr bab 1 hingga bab 4. maka td sy bg soalan dr set soalan SPM 2005. pelajar  tak dapat jawab dengan baik. pelajar memberi alasan tidak ingat dan tak tahu. pelajar2 ini asalnya mmg faham apa yg dipelajari tp cepat lupa. pelajar ni harus di beri kesedaran atas kepentingan ulangkaji. 

KELAS 4C
oleh kerana dpt relief kelas ni waktu ke  5... maka kelas ICT sy utk kelas ni adalah 3 masa bersmbungan. byk aktiviti yg boleh dijalankan. semua kump sempat membuat persembahan slaid.. dan semua kump berjaya membina peta minta di atas kertas mahjong dlm kumpulan masing2.


KELAS TAMBAHAN ICT
oleh kerana ahad minggu depan cuti peristiwa, khamis pula ada exam, ahad lg satu pun ada exam gak. akan ada 4 kali kelas terpaksa skip.. maka petang ni sy buat kelas tambahan utk mengggantikan kelas tersebut. 

270213 : RABU

270213 : HARI KE-25

KELAS 4D
hari ni sy sambung topik DEDUKSI dan ARUHAN. mula2 pelajar agak blur di awal pengajaran saya. sy amek keputusan utk tukar strategi. sy guna pendekatan induktif. sy memberikan seberapa byk contoh kemudian buat kesimpulan. pelajar2 mula faham. alhamdulillah.

RELIEF 4E
kelas ni agak aktif pergerakannya. masuk kelas diajak bermain teka teki. sy bahagikan kpd 2 kumpulan. sy bagi teka teki logik dan IQ. tujuannya adalah utk menggalakkan pelajar berfikir.

MESYUARAT AMALAN WARGA PENYAYANG
mesyuarat bermula dr jam 1.30pm hingga 2.30 ptg. tujuannya adalah utk mengagihkan mentor kepada mentee. setiap kelas mempunya 2 atau 3 mentor bergantung kepada bilangan mentee. guru kelas automatik menjadi mentee kpd kelas tersebut dan di tambah dgn 2 org guru lagi. nama sy tak disebut. kemudian En Shabri, PK HEM telah mencadangkan nama sy utk program ini.

260213 : SELASA

260213 : HARI KE-24

KELAS 4D
hari ni rasa seronok sangat.. sbb dpt permudahkan isi pelajaran.. pelajar2 bleh jwb soalan dengan baik. tambah seronok lg bila pelajar request soalan serterusnya. bg 2 je soalan tp mintak lebih. :)

KADET BOMBA
perjumpaan ke 4 diadakan di makmak komputer..kelas teori dan kawad kaki. pelajar2 di ajar tentang logo kadet bomba, cara pemakaian lengkap kadet bomba dan menyanyikan lagu rasmi kadet bomba. selesai pembentangan slaid power point berkenaan teori2, sy amek alih utk mengendalikan kawad kaki. oleh kerana hujan maka sy ajar asas kawad kaki di dalam makmal :)
cikgu2 terkesima apabila sy memberikan command. syukurla sbb ada pengalaman semasa di sekolah dulu. wakil sek utk peringkat negeri. :)

Monday 25 February 2013

250213 : ISNIN