BERSALAWAT
KE ATAS NABI
ALU-ALUAN
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM….
ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM 1 MALAYSIA
Dimulakan lafaz dengan nama Allah
Tuhan Illahi
Dimohonkan limpahan berkat akan segala
nikmat yang diberi
Diucapkan puji-pujian kepada Allah RABBUL
IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran
yang amat tinggi
Yang Dihormati Pn. Hjh.
Rodhiah Binti Adnan
Penolong Kanan
Pentadbiran
En. Mohd
Shabri Bin Abd Manaf
Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid
En. Wan
Ahmad Nadzri Bin Wan Abdullah
Penolong Kanan
Kokurikulum
En. Khairil ______________________
Pen.
Kanan Tingkatan 6
Ketua-ketua
bidang, guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W bertemakan _____________________________ yang dianjurkan oleh _____________________________________.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W bertemakan _____________________________ yang dianjurkan oleh _____________________________________.
PENGENALAN
Guru-guru dan para pelajar sekalian,
Rabiul Awal
merupakan bulan kelahiran Rasulullah S.A.W. Umat Islam merayakan sambutan
Maulidurrasul sebagai mengingati sejarah perjuangan baginda S.A.W untuk
menyegarkan rasa kasih dan cinta kepada baginda. Baginda merupakan contoh
teladan yang paling agung dalam sejarah kehidupan manusia. Justeru itu, pihak
panitia _________________ SMK Belara telah merancang program Ceramah
Maulidurrasul peringkat sekolah ini yang bertajuk :
________________________________________________________________
Semoga ianya dapat menanamkan rasa cinta para pelajar khususnya
dan seluruh warga sekolah amnya. Sekaligus menjadikan baginda sebagai role
model dalam kehidupan. Oleh itu, saya minta kepada pelajar-pelajar untuk
mendengar, mencatat, menghayati dan mengamalkan isi-isi penting yang bakal
disampaikan oleh penceramah kita pada hari ini kerana di akhir ceramah ini, akan
diadakan satu kuiz yang menjanjikan hadiah-hadiah yang menarik.
DOA
MENADAH TANGAN POHON PERKENAN
AGAR MAJLIS BERJALAN LANCAR
AL-FATIHAH KITA LAFAZKAN
APA DIHAJAT MOGA TERPANCAR.
Bagi memberkati majlis ilmu kita pada pagi yang penuh barakah ini,
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
_____________________________________ untuk menyampaikan bacaan doa. Dengan penuh
takzim majlis mempersilakan.
Amin, Ya Rabb Al-Alamin. Semoga majlis mendapat keberkatan
ROBBUL IZZATI
CERAMAH
BUAH LANGSAT DI TEPI BUSUT
MARI DIMUAT DI ATAS PETI
BESAR HAJAT KAMI MENJEMPUT
BESAR NIAT DI DALAM HATI
Majlis dengan suka citanya,
mempersilakan Al- Fadhil ________________________________
naik ke atas pentas untuk menyampaikan
ceramah Maulidurrasul yang bertajuk :
____________________________________________________________________
Majlis dengan penuh takzimnya
mempersilakan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setinggi-tinggi
penghargaan diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Mohammad Za di
atas ceramah yang telah disampaikan oleh beliau itu tadi. Semoga
kita semua dapat mengambil iktibar dan panduan berguna daripada
ceramah tersebut.
KUIZ
Majlis diserahkan kepada
___________________________ untuk sesi kuiz. Dipersilakan.
PENUTUP
Sempurnalah sudah majlis sambutan Maulidur Rasul Surau al-Mukminin
Jalan Rimba Seri Alam.
MAJLIS BERAKHIR PENUH INAYAH
MENJADI KEBANGGAAN ANUGERAH DI NOBAT
SEMOGA YAKIN TERUS ISTIQAMAH
SEMANGAT KENTAL MENJADI AZIMAT.
INDAH TERUKIR CIPTAAN SENI
LEMBUT BAGAIKAN SENTUHAN BAYU
JARI SEPULUH DISUSUN KINI
ANDAINYA ADA KATA TERLALU.
MENJADI KEBANGGAAN ANUGERAH DI NOBAT
SEMOGA YAKIN TERUS ISTIQAMAH
SEMANGAT KENTAL MENJADI AZIMAT.
INDAH TERUKIR CIPTAAN SENI
LEMBUT BAGAIKAN SENTUHAN BAYU
JARI SEPULUH DISUSUN KINI
ANDAINYA ADA KATA TERLALU.
0 comments:
Post a Comment