240213 : HARI KE-22
RELIEF
habis perhimpunan dlm 8.45am terus dpt relief kelas 4I 2 masa. perot dah berkeroncong... tak tahan ngan perot kosong, maka masuk kelas dulu.. bg tugasan pastu gi mkn jap. kelas sebelah kantin je. boleh pantau dr jauh hehhee. tak amek masa lama. dlm 10-15 min masuk kelas semula. oleh kerana pelajar2 ni jenis takde motivasi nak belajar. maka sy amek kesempatan utk mendekati pelajar lebih dekat. timbulkan kemesraan. menjadi pendengar yg setia. terima luahan isi hati pelajar. kenal latar belakang pelajar dan sebagainya. pah tu PK HEM singgah jap kelas tu. dia perasan sy duduk sama2 ngan pelajar berborak. sy takut PK HEM salah fhm. sy takut PK HEM fikir itu waktu P&P sy tp sy tak mengajar. esok sy akan jumpa PK HEM utk mengelakkan dr salah fhm.
KELAS ICT 4C
selepas buka kelas ngan bacaan alfatihah, sy mengagihkan buku yg telah ditempah oleh pelajar. kemudia dimulakan dengan pembentanga slaid powerpoint dr salah satu kumpulan yang telah diagihkan. setelah itu, sy memulakan P&P dengan tayangan video dan seterusnya pengajaran langsung. penilaian lisan secara individu dijalankan utk mempastikan pelajar mengikuti pengajaran. aktiviti seterusnya pelajar kemas kini projek ICT dan sebagai penutup pelajar dikehendaki tulis komen dan cadangan berkenaan pengajaran guru dan keseluruhan P&P bagi tujuan penambahbaikan. pelajar meminta kelas tambahan.
FAIL REKOD MENGAJAR
setelah disemak oleh pengetua, sy memberikan fail tu kepda guru pembimbing utk membuat penilaian dan seterusnya memberi cadangan penambahbaikan. En ROzman mencadangkan utk buat molek skit bahagian refleksi bg setiap P&P tersebut dan mencadangkan buat ruangan refleksi mingguan yang disertakan dengan ulasan guru pembimbing dan pengetua. cadangan itu sgt menarik dan akan diambil tindakan bermula hari esok.
0 comments:
Post a Comment