Saturday 20 April 2013

180413 : KHAMIS

180413 : HARI KE-73

PENCERAPAN TERAKHIR
hari ni hari terakhir ustazah najihah buat pencerapan.. perasaan nervous tu dah takde... well,, seperti biasa persiapan RPM, SPP dan sebgainya dibuat sehari sebelum waktu P&P. ustazah dtg tepat pada waktunya iaitu jam 8.45am. kelas bermula jam 8.50am. sebelum pelajar sampai sy dah siap padam papan putih, dah pasang projektor, dah buka semua SPP. 

saya mengajar dengan bersahaja seolah2 tiada pensyarah yg sedang buat pencerapan. sy berjenaka, bercerita, mengawal bilik darjah tapi tak mengganggu perancangan pengajaran saya. di bawah ni gambaran perancangan sy P&P hari ni..

1. set induksi
2. aktiviti berkumpulan (stesen)
3. perbincangan
4. aktiviti berpasangan (think pair share)
5. perbincangan
6. penilaian (online)
7.penutup

Alhamdulillah P&P berjalan dengan lancar. ustazah byk berikan kata2 semangat pada sy. di bawah ni adalah komen ustazah berkenaan P&P saya. 




LAWATAN SMART STEET LESSON FOR LIFE

jam 1.30pm sy bawa pelajar 1 bas pergi ke pustaka negeri utk lawatan pameran petronas berkenaan lalulintas. byk permainan yang disediakan.. ;) pelajar kelihatan seronok dan asyik dengan permainan yang sangat best hihihihi teruknya bahasa sy..







Wednesday 17 April 2013

170413 : RABU

170413 : HARI KE-72

PSK 4I
hari ni sy masuk kelas 4I bawa buku cerita bahasa inggeris tentang persahabatan. tujuannya utk menerap nilai-nilai murni kepada pelajar. 1 waktu pertama sy bercerita dan di akhirnya bertanyakan apakah nilai moral yg boleh dipelajari drpd cerita tersebut. 1 waktu berikutnya sy mengajak pelajar pergi ke perpustakaan. aktivitinya, pelajar mencari buku bahasa inggeris dan seterusnya mencari 10 perkataan dan cari makna dlm bahasa melayu. tujuannya, mencungkil kemahiran menggunakan kamus.

MATEMATIK 4D
hari ni masuk topik baru iaitu garis lurus selari. ternyata pelajar2 sudah ada pengetahuan sedia ada tentang garis lurus selari. cumanya pelajar tidak tahu ciri2 2 garis lurus selari. hari ni sy ajar konsep garis lurus selari je dulu.. esok baru masuk kemahiran mengira pulak..

PERTANDINGAN SLAID POWERPOINT
sempene bulan bahasa.. panitia ada mengadakan pertandingan mencipta video. sy diberi penghormatan utk menjadi hakim... tahap kemahiran pelajar masih di tahap amatur. namun usaha yang diberikan sangat memberangsangkan.. 



peserta2 pertandingan mencipta video


KELAS MALAM MATEMATIK
hari ni sambungan belajar graf fungsi.. emmmm kelemahan pelajar ialah konsep asas operasi nombor negatif... 

sebagai selingan , sy amek gamba semasa kelas tersebut guna cam 360. hasilnya spt gamba di bawah. apabila tunjuk kpd pelajar,,, pelajar kelam kabut ketakutan dan ada juga yang menangis.. sy menjadi panik di atas ketakutan pelajar tersebut.. cepat2 sy ckp itu hanya gurauan... pelajar2 menjadi tenang.. lekas2 sy mintak maaf kepada pelajar tersebut.. huhiiihihih

penampakan entiti guna camera 360

Tuesday 16 April 2013

160413 : SELASA

160413 : HARI KE-71

KELAS MATEMATIK 4D
seperti biasa pelajar memberikan kerjasama dalam aktiviti P&P. Bukhari dah mula menunjukkan minat untuk belajar. semua pelajar membuat latihan dan cuba utk memahai isi pelajaran. semua tu sy boleh nampak drpd tingkah laku mereka.. apa yang menggembirakan saya. sewaktu aktiviti kumpulan yang dijalankan, pengetua ada lalu kelas sy dan singgah. ALhamdulillah,, pelajar bukanlah berpura2 belajar di depan pengetua.. ini dpt membuktikan kepada pengetua bahawa pelajar2 ni mmg ada minat utk belajar dan boleh belajar. 

SPEECH CHOIR
kelas hari ni habis kul 10.10am... mula2 sy mintak kebenaran PK1 utk keluar kawasan sekolah utk pergi ke sekolah jeram bagi menyokong pasukan speech choir sekolah. PK1 membenarkannya. kemudian,, semasa pengetua lalu di kelas matematik sy, sy ckp kat pengetua sy nak pergi sek jeram dan pengetua membenarkannya. pelajar bersemangat kerana sy turut menyokong mereka. terharu bila dgr luahan pelajar tersebut. terdapat 13 sekolah yang menyertai pertandingan tersebut. dan SMK Belara mendapat tempat ke-3. ALhamdulillah. cuba lg di tahun depan.
apabila giliran ke-7 ,, pengetua ajak sy blk sekolah. pengetua naik kereta sy. dlm perjalanan byk pengalaman yg dikongsi bersama. pengetua tak lepaskan peluang mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada saya. dan dlm masa yang sama pengetua jemput sy utk hadir ke asrama mlm ni utk majlis  sambutan hari lahir.... terharunya rasa






MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN
kul 8 bermulanya majlis ulangtahun di asrama SMK Belara. sy ingatkan majlis tu kecik2 je buat kas surau sembahyang berjemaah. doa2 pastu mkn.. rupanya beso gak majlisnya.. sy tersenarai dlm org yang menerima hadiah .. terharu lg sekali. 

menu : KFC, Nasi goreng, buah2an

rupanya staff KFC pun ada utk meraikan majlis ni.. siap ada maskot... rasanya pelajar2 dan guru SMK Belara sangat memberikan kenangan berharga buat diriku :)




Sunday 14 April 2013

150413 : ISNIN

150413 : HARI KE-70

MATEMATIK 4D
tajuk ; mencari titik persilangan 2 garis lurus.. set induksi sy buat aksi ultramen. mengungkit nostalgia pelajar2 pada zaman kanak2nya. ternyata semua maklum gaya ultramen tu... sy kaitkan gaya ultramen tu (silang tangan) dengan isi pelajaran iaitu titik persilangan. contoh pertama diberikan.. seterusnya pelajar cuba menjawab soalan. pelajar lemah dibantu pelajar yang dah mahir. 

140413 : AHAD

140413 : HARI KE-69

PERHIMPUNAN RASMI
seperti biasa perhimpunan hari habis lambat iaitu dlm kul 9.15. byk acara penyampaian
hadiah kepada pelajar-pelajar yang terlibat dlm sukan dan kokurikulum diperingkat daerah mahupun negeri. antaranya pertandingan:

1. badminton peringkat negeri
2. kompang peringkat daerah dan negeri
3. kawad kaki sekolah
4. pencak silat negeri
5. jejak imam muda negeri
6. keceriaan kelas sekolah.


P&P ICT
oleh kerana p&p minggu lepas tak sempat buat aktiviti, sy sambung sasaran pembelajaran yang sama. sy buat aktiviti stesen. alhamdulillah pelajar dpt berikan kerjasama yang sangat baik..