Saturday 6 April 2013

050413 : SABTU

050413 : HARI KE-61

LATIHAN KAWAD KAKI
kul 8 pagi gerak gi sekolah sbb ada latihan kawad kaki. kehadiran pelajar seramai 20 org. last minit semua ahli ditukar yang baru sbb hok lama terlibat aktiviti luar. takpe deh... emmm latihan berjalan seperti biasa. buat tiap2 hari sbb hari selasa minggu depan pertandingan dah.. gud luck ye anak sekalian.. tu je yg setakat sy mampu

040413 : KHAMIS

040413 : HARI KE-60

hari ni hari pertama sy di pantau oleh pensyarah sy. mlm td sy tido jam 2am kerana menyiapkan segala persiapan. pg td gi sek mcm biasa. smpi di sekolah baru sedar fail rekod mengajar tertinggal kat umah. call pengetua minta izin blk kejap dan pengetua benarkan sbb masa ke 3 subjek ICT pensyarah nak pantau. watktu pertama ada kelas math sepatutnya tp terpaksa tuang :) kenapa la cuai sgt sy ni... semoga perkara mcm ni takkan berulang lagi.

otw ke sekolah semula... sy call pensyarah utk confirmation.. unfortunately pensyarah ckp postpone hari ahad. ustazah Najihah minta guru pembimbin yg masuk memantau. bila di tanya oleh pengetua di manakah pensyarah,, sy ckp pensyarah dok mari. maka pengetua pun menawarkan diri utk menyelia sy. pengetua minta borang penyeliaan utk di isi... sempoi... :)


Tuesday 2 April 2013

020413 : SELASA

020413 : HARI KE-59

OPERASI PERDANA
bermula jam 7.45am hingga 10am berlangsungnya sport check perdana.. ianya besar-besaran. ini untuk menunjukkan kepada pelajar bahwa pihak pengurusan seekolah masih lagi peka terhadap displin pelajar. hasil drpd operasi tersebut.. majority pelajar membuat kesalahan sama ada dr aspek rambut, kuku, stokin, tali pinggang, kasut, lencana, ketidakhadiran perjumpaan kokurikulum dsb. operasi ini sangat memberi kesan positif kepada pelajar. pelajar akan lebih peka terhadap peraturan yang telah digariskan oleh pihak sekolah. pada pendapat saya,,, operasi masih lagi memberi pertimbangan kepada pelajar. sekiranya operasi dijalankan 100% berpandukan buku peraturan sekolah, sy pasti setiap pelajar mempunyai kesalahan disiplin. walaubagaimana pun,, operasi ini membantu membendung masalah disiplin yang kian meningkat.

OPERASI PERDANA

KELAS MATEMATIK DITUNDA
sepatutnya kelas matematik jam 8.50 hingga 10.10. oleh kerana operasi perdana sehingga jam 10am , maka kelas sy terpaksa ditunda kepada hari esok. 

KADET BOMBA
hari ni ada perjumpaan kadet bomba yang diadakan di makmal komputer 2 sehingga jam 3pm


Sunday 31 March 2013

010413 : ISNIN

010413 : HARI KE-58

KELAS MATEMATIK
mula2 smpi awal dlm kul 8.50 rupanya kelas kul 10.10am.. semangat sgt nak ajar math. kul 10.10 kelas math selama 40 min. pelajar menunjukkan minat utk belajar. hari ni sasarn pembelajaran adalah pelajar dt kenalpasti pintasan x dan y. serta mencari kecerunan garis dengan menggunakan pintasan tersebut. aktiviti berpasangan telah dibuat dan pelajar lemah masih menunjukkan tingah laku yg menggambarkan tidak fhm.. pelajar yg telah menguasi dan menyiapkan tugasan secara automatik tanpa disuruh menolong pelajar lain. tindakan ini sangat bagus dan harus dipuji. 

RELIEF 1B
seperti biasa semasa relief sy tidak akan mensia-siakan masa bersama pelajar.
sy membuat aktiviti yang berkaitan dengan IQ dan nombor. pelajar sangat teruja dengan aktiviti yang dijalankan. sy rasa terharu apabila pelajar memberikan kerjasama yang sangat baik. walaubagaimanapun,,aktiviti yang dijalankan sangat santai supaya pelajar tidak tertekan dan berasa seronok.

BADMINTON
pada jam 9 mlm ,, rutin hari isnin ialah bermain badminton. aktiviti bermain badminton bersama guru-guru di dewan A;-BUkhari dpt mengeratkan silaturrahim dan sekaligus dpt menyihatkan tubuh badan saya. :)

310313 : AHAD

310313 : HARI KE-57

PERHIMPUNAN RASMI
Hari ni perhimpunan bersurai tepat jam 9.15am. byk aktiviti yg dijalakan seperti penyampaian kad hari lahir kepada pelajar sempena Amalan Sekolah Penyayang. penyampaian hadiah kepada juara bola sepak peringkat negeri. penyampaian hadiah kepada olahraga dan olahragawati peringkat negeri, perasmian bulan bahasa, ucapan pengetua, persembahan puisi lagu yang akan dipertandingkan diperingkat daerah. sy sangat kagum kerana pelajar SMK Belara sangat aktif dalam bidang kokurikulum dan sukan. Pengetua tekankan kepada pelajar utk menjadi cemerlang seseorang harus ada kekuatan fizikal, mental, rohani, dan intelek. pengetua cuba membawa pelajar kepada kecemelangan akademik dengan mengaplikasikan kekuatan yang sama seperti bidang sukan dan kokurikulum. 

KELAS TMK
hari ni P&P berjalan dengan lancar. sy buat aktiviti kuiz. pelajar dibentuk kepada 4 kumpulan. setiap kumpulan bertanding untuk mengumpul markah tertinggi. pelajar memberikan kerjasama yang sangat baik dan wujud persaingan sihat. objektif tercapai. sy sangat gembira. walaupun ada sedikit pembaziran masa kerana penyediaan alat bantu mengajar namun keseluruhan objektif tercapai.