Saturday 13 April 2013

110413 : KHAMIS

110413 : HARI KE-66

KELAS ICT
tajuk hari ni "Papan induk". P&P hari ni tak dpt ikot spt dlm perancangan. pengetahuan isi kandungan mmg kurang.. jdnya secara kebetulan ada pembantu makmal disitu.. sy amek kesempatan gunakan pembantu makmal iaitu en shahrul sebagai model hayat. en shahrul menerangkan kepada kelas berkenaan komponen yang terdapat pada papan induk dengan model papan induk sebenar dan bantuan gambarajah papan induk yang sy sediakan. alhamdulillah,,, idea spontan ini membantu pelajar memahami isi kandungan hari ni...

P&P berikutnya nanti sy akan sambung utk membuat aktiviti kumpulan..


PAPAN INDUK

100413 : RABU

100413 : HARI KE-65

KELAS PSK
hari ni sy buat sesuatu yang tak dijangka oleh pelajar. objektif nak tarik minat pelajar utk mengunjungi perpustakaan. sbb dgr rungutan dr guru pusat sumber takde pelajar yang nak masuk library apatah lg nak pinjam

sy masuk kelas bawa buku cerita "Jack and the Beanstalk"


sy menceritakan dengan penuh perasaan,, intonasi yang menarik dan gaya yang menakjubkan.. hhaahhaa pelajar2 dengar dgn teliti dan memberikan feedback dengan baik. pelajar juga dpt menjawab soalan2 yg diberi. pelajar dpt membuat kesimpulan.. selepas 1 jam. sy membawa pelajar masuk ke dalam pusat sumber.. pelajar bersemangat dan semua pelajar mengambil peluang membaca pelbagai jenis sumber bacaan...  :)

Monday 8 April 2013

090413 : SELASA

090413 : HARI KE-64

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH
untuk program ini,, sy telah ditugaskan sebagai pengacara majlis. surat perlantikan diberikan pada hari ahad lepas. semalam sy buat persiapan. sy berjumpa cikgu Rosmah selaku Penyelaras Badan Beruniform untuk berbincang tentang perjalan majlis dan kemudia berjumpa YM Raja Zuki untuk berbincang tentang prosedur dan protokol.

perjalanan pertandingan berjalan dengan lancar. peserta2 bersemangat bagi mendapatkan piala pusingan. terdapat 10 pasukan yang terlibat dlm pertandingan ini. penglibatan dari semua pasukan amat membanggakan. tahniah diucapkan

Berikut adalah pemenang2 pertandingan kawad kaki.

1. Kadet Polis
2. Pengakap (P)
3. Pengakap (L)
3. KRS

ketua platun terbaik : KRS

tahniah diucapkan kepada pemenang2. semoga usaha ini diteruskan pada tahun2 akan datang.






080413 : ISNIN

080413 : HARI KE-63

KELAS MATEMATIK 4D
hari ni kelas sangat membahagiakan saya. pelajar2 bersemangat memulakan pengajaran dan pembelajaran. pelajar menjawab kesemua soalan yang telah diberikan pada kelas sebelumnya. sy memiilh secara rawak dalam kalangan pelajar untuk menulis jawapannya di papan hitam. 2 orang dr 3 pelajar telah membuat jalan kira yang salah. sy memberi peluang kpd pelajar lain utk membetulkan jawapan tersebut. pelajar memberikan kerjasama yang baik dan memberi kesan kepada p&p berkesan,

apa yang membuatkan sy lebih gembira, pelajar yang selama ini tidak pernah masuk kelas saya, skrg ni dah 3 kali without miss masuk kelas saya dan menyiapkan kerja rumah dan menghantar buku latihan. sy mengucapkan tahniah kpd Bukhari di atas perubahan itu.

apa yang membuatkan sy lebih terharu  kesemua pelajar lelaki menghulurkan tangan utk bersalaman dengan sy dan mencium tangan saya sambil mengucapkan terima kasih.


KELAS DRAMA
hari ni kami kelab bahasa melayu buat latihan drama. kesemua pelakon yang memegang watak menghadiri latihan tersebut tetapi lewat. kelewatan itu membuatkan kesemuanya pulang lewat. saya harap pelajar yang terlibat dapat memberikan komitmen yang positif. latihan drama tersebut bermula jam 1,20 hingga jam 3.30 petang.

BADMINTON
klu ikotkan rutin main badminton kat sekolah setiap hari isnin kul 9pm. semalam sy smpi sekolah jam pm tp cikgu2 lum ada lagi. tunggu dekat setengah jam pastu blackout plak. takde elektrik.. maka sy pun pulang ke rumah kerana byk kerja nak disiapkan iaitu persiapan skrip sbg pengacara majlis pertandingan kawan kaki peringkat sekolah.

Sunday 7 April 2013

070413 : AHAD

070413 : HARI KE-62

PENCERAPAN
jam 9 lebih pensyarah sampai ke sekolah buat kali pertama.. kesian kat ustazah sbb tak jumpa jalan ke sekolah. tp akhirnya ustazah smpi di pintu pagar sekolah. sy tersenyum lebar. sebaik saje ustazah turun dr kereta, sy mengajaknya terus ke kantin. niat di hati untuk belanja ustazah mkn. ustazah hulur duit tp sy tolak. sedang kami mkn, tetiba ada org ckp mknn kami sudah dibayar. rupanya cikgu syarifah yg tlg bayarkan. pelik juga kenapa. rupanya cikgu syarifah itu adalah bekas pelajar ustazah semasa cikgu syarifah belajar di UNISZA. Alhamdulillah... terima kasih kerana belanja.

sy dan ustazah berbincang berkenaan latihan mengajar. ustazah membelek fail rekod mengajar sy. ustazah memberikan pandangan terhadap penyediaan RPM saya.

1. guna SPP, bkn Media pengajaran atau ABM
2. SPP mesti spesifik. contoh: gambar : diagram pemprosesan maklumat
3. Rancangan Persediaan Mengajar, bukan Rancangan Pengajaran Harian.
4. waktu bagi setiap langkah disertakan.

selepas itu, sy membawa ustazah berjumpa Guru pembimbing. mereka berbincang sesama sendiri. malu utk sy turut serta. apa yg disampaikan oleh ustazah kepada saya.. guru pembimbing sy, cikgu Rozman ckp sy ni bagus. Alhamdulillah la dr segala aspek.. 

selepas tu sy bawa pensyarah ke makmal komputer utk sy membuat persiapan utk dicerap. P&P berjalan  dengan lancar. Alhamdulillah.. ustazah memberi cadangan penambahbaikan dr aspek etika guru di dalam kelas iaitu

1. padam papan hitam sebelum memulakan pnp
2. tulis tarikh, hari dan tajuk di papan hitam selepas set induksi
3. padam papan hitam selepas pnp.

ustazah tidak menyentuh tentang pedagogi dan isi pelajaran. mungkin ok kot hehhee...

jam 1.20 ptg ustazah meninggalkan sekolah. pencerapan seterusnya belum dicadangkan lagi.


KELAS DRAMA
jam 1.30 sy terus ke bilik kuliah form 6 untuk latihan drama. hari tu dah buat uji bakat dan dah buat pemilihan utk drama. dah pun bagi skrip utk dihafal masa cuti. hari ni hari pertama latihan selepas pemiihan tu. tiada pelajar yang dtg kecuali 3 pelajar baru di ujibakat. mereka terlibat dengan koir bahasa Inggeris.. emmmm..... nampaknya sudah bertindan jadual pelajar. jadi sy kene amek inisiatif utk membuat pemilihan yang baru. walaubagaimanapun, 3 pelajar tingkatan 2 yang baru diuji bakat tersebut diberi peluang utk membaca skrip sehingga jam  3 ptg... sy pulang dengan aman...