Wednesday 13 February 2013

140213 : KHAMIS

140213 : HARI KE-12

UJIAN FORMATIF 4D

sy masuk tepat jam 7.30am dan terus beri arahan ujian kepada pelajar. pelajar diberikan masa 30minit utk menjawab 2 soalan topik set. selepas siap, pelajar bertukar kertas jawapan utk ditanda. ternyata pelajar-pelajar tidak menguasai konsep asas. kesalahan kecil byk berlaku. makanya, minggu depan belum boleh mula bab 4. terpaksa perbanyakkan buat latihan.


KELAS ICT 4C
Hari ni guna pendekatan berpusatkan aktiviti. tak banyak sgt guna air liur sy. sbb semuanya pelajar yang urus. pelajar lagi sekali bertanya, bila nak buat kelas tambahan cikgu? sy menjawab, awak tetapkan hari dan masa. sy juga mencadangkan utk beli buku "COMPLETE" sbg buku rujukan mereka. mudah mereka menjawab, boleh bayar skrg, cikgu? 

RESULT SEM 2.
hari ni dah kuar result sem 2. sy target dpt 4.0 atau sekurang-kurangnya 3.9 dan keatas tp sy cuma dpt 3.88. Alhamdulillah sbb ada peningkatan dr sem lepas. sbb sem lepas dpt 3.82. semoga praktikal ni dpt grade yg lebih baik.


Keputusan peperiksaan Sem 2


SERVICE KETE
Balik dr sek terus gi kedai spare part. survey harga utk Transmission oil 4 liter, gear oil 3 liter, steerin oil 1 liter, filter 1, buffer 1 set. total RM400. pastu blk umah.. sidai baju,, pas mandi keluar semula gi Maybank sbb nak register phone no utk online banking n withdraw duit. pastu singgah kedai ikan miny yu 1 kat losong. beli ikan bandaraya n pokok hidup. pastu gi semula kedai spare part amek brg. pastu gi pusat service kete pertama, staff dah blk. pusat service kedua buka tp tak sempat sbb nak tutup. gi pusat service ketiga. boleh buat tp manual bkn guna machine. buat je la. lepas tu gi mydin nak beli plastic sampah. tp bila dah smpi kat mydin mcm2 lak belinya termasuk tanah nak tanam pokok lada. pas tu gi mkn. pas tu blk umah. pas solat baring jap. maka tertido smpi kul 4am.. MasyaAllah.. penat sgt agaknya tu.. huhu.. kul 7am tido semula hehe

Tuesday 12 February 2013

130213 : RABU

130213 : HARI KE-11


DUGAAN
Hari ni start ngan kelas 4I kul 7.30 hingga 8.50 (2masa). apabila sy minta kerja rumah yang disuruh buat. hanya 2 org saje yang buat. yang lain tak buat langsung. fine... tp yg membuatkan sakit hati mulut dorang ni.. mcm2 bagi alasan. nasib baik sy ni dah kawal nafs. klu tak mmg dah terbalik meja tu. apa yang membuatkan sy sedih pd mereka ni,, mereka tak tahu apa tujuan mereka dtg ke sekolah. ada yg ckp utk mengharumkan nama sekolah. tp dia tak tau apa yg dia nak utk diri sendiri. bila ditanya apa tanggungjawab sbg seorang pelajar dan anak, mereka langsung tak tau. sbb tu mereka tak dapat menyiapkan kerja yang sy bagi. fine. sy ambil tindakan seterusnya... membuat analogi-analogi mudah. membuat sindiran secara halus, memberikan contoh2 yang dekat ngan pelajar. sy menyuruh mereka senaraikan kekuatan dan kelemahan diri. JUGA mereka tidak tahu. jd sy tak hairan kalau pelajar ini tidak berjaya dalam peperiksaan. pada pendapat saya, guru-guru perlu lebih bertungkus-lumus membentuk keperibadian pelajar berbanding akademik mereka. kerana itu adalah tunggak kpd kejayaan.

GYM
dlm kul 5.30 ptg camtu sy gi gym xbie kat kuala Ibai. walk in je.. RM5/entry. kebetlan depan gym tu ada plak pasar mlm.. maka kat gym tu cuma 1 jam je la. dlm kul 6.30 gi pasar malam situ.. mmg tak dpt kawal nafsu mkn la.. tak menang tangan nak membawanya.. smpi umah dlm kul 7.30 mlm, dgn gelojohnya sy mkn sebb nak kejarkan solat maghrib pahtu nak gi kelas tuisyen mlm kat asrama kul 8.30... perghh.. smpi sek dlm kul 8.28. pelajar dah ada dlm kelas. sepatutnya ajar smpi kul 10mlm je tp sy ajar smpi kul 10.30. sbb tak sedar. pelajar2 pung tak ingatkan sy.. syok sgt la tu agaknya.. balik umah siapkan kertas ujian utk kelas esok. 2 soalan je. moga2 mereka dpt jawab..

Monday 11 February 2013

120213 : SELASA

120213 : HARI KE-10

ACCIDENT
Hari ni hujan sangat lebat. sy bgn kul 6 am. rasa mcm nak tido semula je. tp saya gagahkan diri utk bgn. lepas siap2. hujan masih lebat. sy tunggu hujan reda sikit. sy mulakan perjalanan jam 6.50am. sampai di sekolah dlm jam 7.10am. ok la tu kan.. :) hujan dah mula reda sikit.. sy pun keluar dr kereta. cermin mata sy berkabus.. tak nampak sgt jln. byk lopak air yg agak dlm. jd sy buat keputusan utk meniti batu2. masa meniti pandangan sy agak kabur. sy tersilap langkah lalu TERJATUH. baju sy kotor. kulit jari sy terkoyak. dada sy melecet sebb tersangkut pada pada pagar kayu kat situ... hati berasa sedih sbb semangat nak pakai smart utk jd pengacara majlis ceramah maulidurrasul. :)

ADA CIKGU BELANJA MAKAN
sampi kat bilik,, beborak ngan Kak Jah. Kak Jah ni ustazah. dia lah yg suruh sy jd pengacara majlis. Kak Jah serahkan Teks pengacara majlis yg telah dirangka oleh kak Jah sendiri. selepas kami berbincang, kak Jah ajak sy pergi kantin. kami pergi bersama. masa ambil makanan, kak Jah ckp "Jak, mkn je biar kak Jah yg bayar." seronoknyer.... bkn sbb harga mknn tu tp sbb the value tu. penghargaan tu sangat penting :)

8.30am
Ustazah (kak Jah) : Jak, kelas kul bape?
aku : kul 8.50. nape kak?
ustazah (Kak Jah) : jom gi kantin, akak blanje.
aku : JOM!!!

1.45pm
aku : bape kak? sy mkn kopok lekor, pisang goreng, air nes panas.
kakak kantin : RM3.40, cikgu.
PK ting.6 : takpe jak, biar sy bayar.
aku : terima kasih, cikgu.

*murah rezeki hari ni

Kelas 4D
Kelas 4D berjalan seperti biasa. hari ni tak byk topik dpt cover sbb pelajar lemah. jd kene buat pemulihan utk pelajar benar2 fhm sbelum proceed kepada topik seterusnya. sy ada bg kerja rumah utk mengukuhkan lagi pemahaman mereka. 

MAJLIS CERAMAH MAULIDURRASUL
Jam 1150 pelajar diarahkan untuk berkumpul di dalam dewan utk Majlis Ceramah Maulidurrasul




TEKS UCAPAN CERAMAH MAULIDURRASUL PERINGKAT SMK BELARA


BERSALAWAT KE ATAS NABI

ALU-ALUAN
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM…. ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM 1 MALAYSIA
Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Illahi
Dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi
Diucapkan puji-pujian kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi

Yang Dihormati Pn. Hjh. Rodhiah Binti Adnan
Penolong Kanan Pentadbiran

En. Mohd Shabri Bin Abd Manaf
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Wan Ahmad Nadzri Bin Wan Abdullah
Penolong Kanan Kokurikulum

En. Khairil ______________________
Pen. Kanan Tingkatan 6 

Ketua-ketua bidang, guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W bertemakan _____________________________ yang dianjurkan oleh _____________________________________.

PENGENALAN
Guru-guru dan para pelajar sekalian,
            Rabiul Awal merupakan bulan kelahiran Rasulullah S.A.W. Umat Islam merayakan sambutan Maulidurrasul sebagai mengingati sejarah perjuangan baginda S.A.W untuk menyegarkan rasa kasih dan cinta kepada baginda. Baginda merupakan contoh teladan yang paling agung dalam sejarah kehidupan manusia. Justeru itu, pihak panitia _________________ SMK Belara telah merancang program Ceramah Maulidurrasul peringkat sekolah ini yang bertajuk :
      ________________________________________________________________

Semoga ianya dapat menanamkan rasa cinta para pelajar khususnya dan seluruh warga sekolah amnya. Sekaligus menjadikan baginda sebagai role model dalam kehidupan. Oleh itu, saya minta kepada pelajar-pelajar untuk mendengar, mencatat, menghayati dan mengamalkan isi-isi penting yang bakal disampaikan oleh penceramah kita pada hari ini kerana di akhir ceramah ini, akan diadakan satu kuiz yang menjanjikan hadiah-hadiah yang menarik.





DOA

MENADAH TANGAN POHON PERKENAN
AGAR MAJLIS BERJALAN LANCAR
AL-FATIHAH KITA LAFAZKAN
APA DIHAJAT MOGA TERPANCAR.

Bagi memberkati majlis ilmu kita pada pagi yang penuh barakah ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan _____________________________________ untuk menyampaikan bacaan doa. Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.

Amin, Ya Rabb Al-Alamin. Semoga majlis mendapat keberkatan ROBBUL IZZATI


CERAMAH

BUAH LANGSAT DI TEPI BUSUT
MARI DIMUAT DI ATAS PETI
BESAR HAJAT KAMI MENJEMPUT
BESAR NIAT DI DALAM HATI

Majlis dengan suka citanya, mempersilakan Al- Fadhil ________________________________
naik ke atas pentas untuk menyampaikan ceramah Maulidurrasul yang bertajuk :
              ____________________________________________________________________
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Mohammad Za     di atas ceramah  yang telah disampaikan oleh beliau itu tadi. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar  dan panduan berguna daripada ceramah tersebut.

KUIZ
Majlis diserahkan kepada ___________________________ untuk sesi kuiz. Dipersilakan.

PENUTUP
Sempurnalah sudah  majlis sambutan Maulidur Rasul Surau al-Mukminin Jalan Rimba Seri Alam.

MAJLIS BERAKHIR PENUH INAYAH
MENJADI KEBANGGAAN ANUGERAH DI NOBAT
SEMOGA YAKIN TERUS ISTIQAMAH
SEMANGAT KENTAL MENJADI AZIMAT.


INDAH TERUKIR CIPTAAN SENI
LEMBUT BAGAIKAN SENTUHAN BAYU
JARI SEPULUH DISUSUN KINI
ANDAINYA ADA KATA TERLALU.

070213 : KHAMIS

070213 : HARI KE-5

Hari khamis hari yang sgt sibuk utk menyiapkan Fail Rekod Mengajar. maaf sebab tak sempat nak update apa-apa.


TERUJA
apa yg saya ingat kelas ICT pada hari khamis, memandangkan pada hari tu adalah hari pertama kelas ICT. jd, saya rasa byk topik yg kene cover. oleh itu, sy mencadangkan kpd pelajar utk buat kelas tambahan. apa yg membuatkan sy tersenyum lebar adalah, mereka sangat teruja. apabila diminta cadangan bila tarikh dan masa utk buat kelas tambahan, tanpa berfikir panjang mereka terus kata "Petang ni, cikgu". semangat ini membuatkan sy semakin teruja utk mengajar ICT kelas ni. 

CUTI TAHUN BARU CINA

Walaupun cuti yg singkat iaitu 4 hari saja termasuk weekend namu saya dpt occupy masa tersebut dengan sebaiknya. 2 hari berada di kampung, 2 hari berada di atas jalan raya. :) 

sampai je ke KT terus singgah umah Uncle Hasnan. Lecturer IPG Batu Rakit. bagi buah tangan pahtu mintak tips utk jd PENGERUSI MAJLIS. Tips yg ringkas namun memberi erti. lepas tu gi rumah pengetua SMK BELARA tempat sy praktikal iaitu Pn. Jamia'h Lasiman. tup tup... wow besarnya rumah pengetua ni.. hehehe saya disambut dengan meriah sekali. siang td majlis perkahwinan anak sulungnya. sy smpi KT mlm, maka sy dtg umah pengetua tetamu lain semua dah blk. walaubagaimanapun, tuan rumah sekeluarga sangat menerima kehadiran sy. majoriti ahli keluarga pengetua turut serta melayani saya. hehhe itu lah adat atau budaya org jawa. tak kira sape pun yg dtg ke rumah,,, semua ahli keluarga akan turut melayani tetamu... mcm2 yg kami borak. memandangkan esok keje dan sy perlu jd pengerusi majlis, maka sy perlu mengundur diri untuk buat sedikit ulangkaji.. ::)