Sunday 31 March 2013

010413 : ISNIN

010413 : HARI KE-58

KELAS MATEMATIK
mula2 smpi awal dlm kul 8.50 rupanya kelas kul 10.10am.. semangat sgt nak ajar math. kul 10.10 kelas math selama 40 min. pelajar menunjukkan minat utk belajar. hari ni sasarn pembelajaran adalah pelajar dt kenalpasti pintasan x dan y. serta mencari kecerunan garis dengan menggunakan pintasan tersebut. aktiviti berpasangan telah dibuat dan pelajar lemah masih menunjukkan tingah laku yg menggambarkan tidak fhm.. pelajar yg telah menguasi dan menyiapkan tugasan secara automatik tanpa disuruh menolong pelajar lain. tindakan ini sangat bagus dan harus dipuji. 

RELIEF 1B
seperti biasa semasa relief sy tidak akan mensia-siakan masa bersama pelajar.
sy membuat aktiviti yang berkaitan dengan IQ dan nombor. pelajar sangat teruja dengan aktiviti yang dijalankan. sy rasa terharu apabila pelajar memberikan kerjasama yang sangat baik. walaubagaimanapun,,aktiviti yang dijalankan sangat santai supaya pelajar tidak tertekan dan berasa seronok.

BADMINTON
pada jam 9 mlm ,, rutin hari isnin ialah bermain badminton. aktiviti bermain badminton bersama guru-guru di dewan A;-BUkhari dpt mengeratkan silaturrahim dan sekaligus dpt menyihatkan tubuh badan saya. :)

0 comments:

Post a Comment