Monday 29 April 2013

28-30 / 04 / 2013

Ahad Isnin Selasa

takde mende nok cite.. semua P&P berjalan dengan lancar. aktiviti kokurikulum pun berjalan spt biasa setiap petang... :) 

emmm tinggal 2 minggu jek P&P yg ada.. pastu exam pertengahan tahun bermula 12 mei 2013. tup tap tup tap.. kejap je dah nak habis praktikal.. mcm sedih lak nak tinggalkan sekolah ni....


25/04/13 - 27/04/13 (Khamis - Sabtu)


PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM

lokasi : Tapak Perkhemahan SMK Belara
Tarikh : 25-27/4/13
Tugas : Urusetia dan Jurugambar




 PEmeriksaan khemah


 PENGAKAP

 PUTERI ISLAM

 KRS

 SILAT

 KADET BOMBA DAN PENYELAMAT

 PBSM

 ST. JOHN AMBULANCE

 KADET POLIS

 JPAM

PANDU PUTERI

Wednesday 24 April 2013

250413 : KHAMIS

250413 : HARI KE-78

ICT 4C
hari ni P7P dimulakan dengan sambutan ulang tahun salah seorang pelajar. SELAMAT ULANG TAHUN NUR AKMALIAH. semoga pjg umor, murah rezeki dan bahagia.

kemudian aktiviti seterusnya membincangkan gambaran keseluruhan bagi tajuk PERISIAN. kumpulan yang bertanggungjwb menyediakan peta minda, di minta menerangkan kepada kelas,, apa yang akan dipelajar di dalam topik ini.

Pelajar tiada persediaan untuk mempelajari topik ini berdasarkan pemerhatian yg dibuat. sy berasa sedih dengan attitude pelajar yg tunggu disuap.. tiada inisiatif utk belajar sendiri. walhal nota dan segala maklumat telah di muat naik di edmodo. hari ni byk masa sy habis dengan membebel.

walaubagaimanapun sy luangkan masa 20 min utk pelajar bermain permainan online berkenaan topik yang dipelajari iaitu perisian untuk menarik minat pelajar mendapat gambaran awal tentang topik yang akan dipelajari.


PERKHEMAHAN PERDANA

perkhemahan selama 3 hari 2 mlm ni merupakan perkhemahan badan beruniform. sy ditugaskan sbg URUS SETIA perkhemahan. sy telah dijadualkan untuk berada di tapak perkhemahan pada hari ni jam 7pm hingga 7am. dan hari esok pada jam 1pm hingga 7pm.. semoga perjalanan perkhemahan berjalan dengan baik sepanjang penyeliaan sy.

240413 : RABU

240413 : HARI KE-77

KELAS MATEMATIK 4D
masalah yg telah dikenalpasti dibincangkan kat wall DPLI. byk pandangan dan pendapat kwn2 utk memperbaiki mutu P&P. tq ye kwn2. hari ni sy uji lg pelajar. soalan yg sama dgn soalan semalam. tp pelajar berulang kali ckp tak pandai cikgu. jadi, hari ni sy suruh pelajar berusaha dptkan jawapan. bhgn yg sangkut tu baru la sy bantu.. tu pun setakat klu dengan lisan shj. 




KELAS DRAMA

hari ni semua cast dtg ke lokasi latihan.. hihihih.. kali ni buat di dewan aL-Bukhari. sy di bantu cikgu Wan Fadzillah. aktiviti hari ni adalah perincikan lakonan dengan penggunaan ruang pentas. latihan dibuat mengikut scene. pelakon menunjukkan perubahan yg positif... keyakinan dah nampak dah.. tp byk lg yang perlu diperbaiki

TAJUK DRAMA : INFLAKASTA
dari buku komsas tingkatan 2.

Monday 22 April 2013

230413 : SELASA

230413 : HARI KE-76

MATEMATIK 4D
3 soalan diberikan dari minggu lepas tak siap2. sy dah bagi contoh soalan yang serupa ngan latihan yang diberi. pun tak leh jawab. masalah yg sama dikenalpasti.. baru je ajar dlm kurang dr 5 min.. bila di tanya lupa semula.. contohnya 

sy : "C mewakili apa?" 

pelajar tak dpt jawab.

sy : C mewakili pintasan-y

sy : apakah persamaan umum garis lurus?

selang beberapa minit. selepas di diberi klu ...

pelajar : y = mx + c

sy : C mewakili apa??

pelajar : tut................. *pelajar senyap.

masalah dikenalpasti : Pelajar mudah lupa

masalah ini akan sy cari penyelesaiannya... sy akan buat satu kajian tindakan untuk menyelesaikan masalah ini.


MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

byk pameran dan pertandingan yang dijalankan di peringkat sekolah. untuk pameran sains,, pada pendapat saya pameran sains kurang beri kesan kpd pelajar walaupjn sambutan memberangsangkan sbb xde pembelajaran bermakna. Demonstater x mampu mengaitkan dgn kehidupan seharian. Lebih molek klu pelajar dpt explain kepentingan n implikasi ilmu itu dlm kehidupan seharian.










Sunday 21 April 2013

220413 : ISNIN

220413 : HARI KE-75

MATH 4D
bab 5 garis lurus habis dah ngajo... skrg ni buat latihan penyelesaian masalah.. soalan mcm soalan SPM.. emmm... camner nak buat lg ek.. klu lupa apa yg ajar smlm leh maafkan lg.. baru beberapa minit ajar. pastu ditanya lupa plak... masalah apa ni sebenarnya... rasanya elok la klu buat kajian tindakan berkenaan masalah ini..

KELAS DRAMA
hari ni kelas drama dr kul 1.30 hingga kul 4pm.. semua pelakon dan stand in ada datang.. alhamdulillah. senang skit nak buat keje... aktiviti hari ni tayangkan video lakonan tajuk yang sama dr sekolah lain dan sek belara tahun lepas. tujuannya, bg gambaran pd pelajar apa yang belaku sebenarnya dlm cite tu.. pelajar2 diminta hayati cerita tersebut dan memberi komen terhadap lakonan mereka.

habis tayangan tersebut.. pelajar melakonkan watak2 yang telah diberikan. pelajar masih belum hafal skrip.. pelajar ditegaskan supaya hafal skrip secepat mungkin..


210413 : AHAD

210413 : HARI KE-74

ICT 4D
hari ni tak buat P&P tapi fokus kepada kerja kursus CONSTRUCT 02. sy sangat gembira kerana dalam masa 2 waktu yang diberikan.. semua pelajar berjaya menyiapkan kerja kursus, print dan seterusnya masukkan ke dalam fail. tiada pelajar yang terkecuali. 
walaubagaimanapun,, sebagai penutup, sy memberikan tugasan berkumpulan kepada pelajar. sy meminta pelajar membuat peta konsep. berikut adalah tajuk2 mengikut kumpulan

kump1 : bab 2.1
kump2 : bab 2.2
kump3 : bab 2.3
kump4 : bab 2.4

saya ada menunjukkan contoh peta konsep di paparan slaid dengan menggunakan perisian Imind map.