Wednesday 20 March 2013

200313 : RABU

200313 : HARI KE-46

BIADAP
sy ajar subjek PSK kelas ni. kelas 4I hari betul2 menguji kesabaranku. kelas ni ada 2 org pelajar bermasalah. biasanya 2 pelajar ini akan ponteng kelas. tp hari ni pelajar ni yg bernama Danial Haikal ada dlm kelas. pelajar ni mempengaruhi pelajar-pelajar lain untuk membuat bising dan biadap. sy mengajar seperti biasa. tidak membuat kerja bukan lah sesuatu yang pelik. sy rasa sy gagal mengawal kelas 4I hari ni apabila Danial Haikal telah bertindak di kawalan. Danial bergurau dengan rakan sehingga berlari dari meja ke meja sedang aku mengajar. ini sudah melampau. tahap kesabaranku ada batasannya. sy keluar sebentar pergi ke bilik disiplin untuk meminta bantuan guru disiplin iaitu cikgu Razak. setibanya kami di kelas, pelajar ini telah lari dan menghilangkan diri. MasyaAllah, apa nak jadi ngan pelajar ni. sy sgt terkilan dengan sikap kurang ajar pelajar ni. sy rasa sy gagal mengawal kelas pelajar kelas ni. dugaan.... 

UJI BAKAT
tiba2 hari ni ada dpt panggilan dr cikgu Wan yang mengatakan ada pelajar2 yang nak diuji bakatnya utk drama sekolah. lebih kurang 10 pelajar yang hadir. uji bakat diteruskan kerana kita masih lagi kekurangan pelakon yang berbakat. akhirnya,, sy berjaya membentuk 1 kumpulan drama yang lengkap. pelajar2 ni telah diberikan skrip utk dibaca dan dihafal sepanjang cuti sekolah nanti.

MATEMATIK
smlm sy bawa pelajar ke makmal komputer untuk menggunakan 1 perisian sketchpad. malangnya, perisian tersebut tidak berjaya di install. hari ni masih tidak lagi berjaya disebabkan en Shahrul yang sepatutnya membantu sy tidak hadir ke sekolah. oleh P&P berjalan seperti biasa di dalam kelas. walaupun pelajar merungut akan tetapi mereka masih lagi menunjukkan minat utk belajar.

MESYUARAT GURU
mesyuarat guru berlangsug dr jam 1.20ptg hingga 2.45ptg. dlm keadaan yang panas,, guru kelihatan letih dan mengantuk. begitu juga saya. apa yg sy dpt pelajari dr mesyuarat tersebut ialah cara-cara penulisan membuat minit mesyuarat. terima kasih bonda pengetua di atas ilmu tersebut.


Tuesday 19 March 2013

190313 : SELASA

190313 : HARI KE-45

MATEMATIK 
hari ni kelas math buat dlm makmal komputer sbb nak guna sketchpad tp malangnya software tu tak dpt install. jd aktiviti pelajar menggunakan sketchpad tidak dpt dibuat. pelajar hanya melihat guru didepan dan melukis secara manual. pelajar semakin minat utk belajar. sy menjadi seronok apabila pelajar2 request utk kelas tambahan esok. sy cuba utk install skectpad esok n buat kelas tambahan. 

KELAB BAHASA MELAYU
hari ni buat screen test atau uji bakat utk pemilihan pelakon drama utk dipertandingkan.
drpd lebih kurang 50 pelajar hanya 3 org terserlah bakatnya. walaubagaimana semua telah berusaha utk menunjukkan masing2. kesemua pelajar telah melakonkan watak spt yg diarahkan. sy sebagai guru penasihat berbangga dengan penglibatan pelajar. sy akan teruskan lagi mencari dan mencungkil pelajar2 ni.

KOMPANG
sy juga diminta utk melatih formasi kompang yang akan dipertandingkan lepas cuti. sy sgt bersimpati kepada kumpulan kompang. walaupun sblm ni tiap2 tahun johan tp malangnya tahun ni tiada jurulatih luar utk mengajar disebabkan kekangan sumber kewangan. oleh itu,, cikgu minta sy mmebantu membuat formasi kumpulan kompang ni. tak jadi masalah. yang jadi masalah masa latihan bertindan dengan aktiviti kelab bahasa melayu. latihan kompang hari ni ditunda disebabkan tiada guru yg boleh membimbing kumpulan ini. 

180313: ISNIN

180313: HARI KE-44

MATEMATIK
hari ni kelas matematik aku buat aktiviti berkumpulan.. pelajar menunjukkan minat utk belajar. objektif pembelajaran tercapai membuatkan sy rasa gembira.


KAWAD KAKI
latihan kawad kaki pada pukul 5pm. hanya 15 pelajar yang hadir. pertandingan kawad tidak lama lagi. walaupun pelajar menunjukkan semangat tetapi syarat minimum pertandingan tidak dpt ditepati disebabkan kekurangan ahli.

BADMINTON
malam main badminton. PK HEM dan PK KOKU turut sama main. seronok n meriah malam ni sbb ada gak kumpuan syair dan lagu membuat latihan di dalam dewan tu utk dipertandingkan


170313 : AHAD

170313 : HARI KE-44

PENYELIAAN
hari ni , seperti yang dirancang.. guru pembimbing sy buat penyeliaan utk subjek ICT. guru pembimbing suruh lebihkan aktiviti pelajar berbanding penerangan guru. semua aktiviti berjalan dengan baik sekiranya pelajar menghargai masa. pelajar membuang masa apabila disuruh membuat pembentangan.