Saturday 20 April 2013

180413 : KHAMIS

180413 : HARI KE-73

PENCERAPAN TERAKHIR
hari ni hari terakhir ustazah najihah buat pencerapan.. perasaan nervous tu dah takde... well,, seperti biasa persiapan RPM, SPP dan sebgainya dibuat sehari sebelum waktu P&P. ustazah dtg tepat pada waktunya iaitu jam 8.45am. kelas bermula jam 8.50am. sebelum pelajar sampai sy dah siap padam papan putih, dah pasang projektor, dah buka semua SPP. 

saya mengajar dengan bersahaja seolah2 tiada pensyarah yg sedang buat pencerapan. sy berjenaka, bercerita, mengawal bilik darjah tapi tak mengganggu perancangan pengajaran saya. di bawah ni gambaran perancangan sy P&P hari ni..

1. set induksi
2. aktiviti berkumpulan (stesen)
3. perbincangan
4. aktiviti berpasangan (think pair share)
5. perbincangan
6. penilaian (online)
7.penutup

Alhamdulillah P&P berjalan dengan lancar. ustazah byk berikan kata2 semangat pada sy. di bawah ni adalah komen ustazah berkenaan P&P saya. 




LAWATAN SMART STEET LESSON FOR LIFE

jam 1.30pm sy bawa pelajar 1 bas pergi ke pustaka negeri utk lawatan pameran petronas berkenaan lalulintas. byk permainan yang disediakan.. ;) pelajar kelihatan seronok dan asyik dengan permainan yang sangat best hihihihi teruknya bahasa sy..







0 comments:

Post a Comment