070413 : HARI KE-62
PENCERAPAN
jam 9 lebih pensyarah sampai ke sekolah buat kali pertama.. kesian kat ustazah sbb tak jumpa jalan ke sekolah. tp akhirnya ustazah smpi di pintu pagar sekolah. sy tersenyum lebar. sebaik saje ustazah turun dr kereta, sy mengajaknya terus ke kantin. niat di hati untuk belanja ustazah mkn. ustazah hulur duit tp sy tolak. sedang kami mkn, tetiba ada org ckp mknn kami sudah dibayar. rupanya cikgu syarifah yg tlg bayarkan. pelik juga kenapa. rupanya cikgu syarifah itu adalah bekas pelajar ustazah semasa cikgu syarifah belajar di UNISZA. Alhamdulillah... terima kasih kerana belanja.
sy dan ustazah berbincang berkenaan latihan mengajar. ustazah membelek fail rekod mengajar sy. ustazah memberikan pandangan terhadap penyediaan RPM saya.
1. guna SPP, bkn Media pengajaran atau ABM
2. SPP mesti spesifik. contoh: gambar : diagram pemprosesan maklumat
3. Rancangan Persediaan Mengajar, bukan Rancangan Pengajaran Harian.
4. waktu bagi setiap langkah disertakan.
selepas itu, sy membawa ustazah berjumpa Guru pembimbing. mereka berbincang sesama sendiri. malu utk sy turut serta. apa yg disampaikan oleh ustazah kepada saya.. guru pembimbing sy, cikgu Rozman ckp sy ni bagus. Alhamdulillah la dr segala aspek..
selepas tu sy bawa pensyarah ke makmal komputer utk sy membuat persiapan utk dicerap. P&P berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.. ustazah memberi cadangan penambahbaikan dr aspek etika guru di dalam kelas iaitu
1. padam papan hitam sebelum memulakan pnp
2. tulis tarikh, hari dan tajuk di papan hitam selepas set induksi
3. padam papan hitam selepas pnp.
ustazah tidak menyentuh tentang pedagogi dan isi pelajaran. mungkin ok kot hehhee...
jam 1.20 ptg ustazah meninggalkan sekolah. pencerapan seterusnya belum dicadangkan lagi.
KELAS DRAMA
jam 1.30 sy terus ke bilik kuliah form 6 untuk latihan drama. hari tu dah buat uji bakat dan dah buat pemilihan utk drama. dah pun bagi skrip utk dihafal masa cuti. hari ni hari pertama latihan selepas pemiihan tu. tiada pelajar yang dtg kecuali 3 pelajar baru di ujibakat. mereka terlibat dengan koir bahasa Inggeris.. emmmm..... nampaknya sudah bertindan jadual pelajar. jadi sy kene amek inisiatif utk membuat pemilihan yang baru. walaubagaimanapun, 3 pelajar tingkatan 2 yang baru diuji bakat tersebut diberi peluang utk membaca skrip sehingga jam 3 ptg... sy pulang dengan aman...
0 comments:
Post a Comment